Monday, December 1, 2008

KELANTAN KE LIGA SUPER ?

Kelantan yang menduduki tempat ke-3 pada saingan Liga Perdana musim 2008 yang lalu kini akan mengisi tempat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah menarik diri dari Liga Super 2009 berikutan masalah kewangan yang dialami pasukan tersebut berikutan penarikan diri penaja utama mereka musim lalu iaitu Inai Kiara.
Perkara ini telah disahkan oleh pegawai KAFA yang telah dihubungi untuk pengesahan lanjut.Dengan ini,Kelantan yang telah meletak sasaran layak ke Liga Super 2010 kini perlu beralih sasaran sejajar dengan keputusan FAM itu.
Tak perlulah berasa kerdil dikalangan pemain utama liga Super kerana Kelantan juga apa kurangnya dalam persiapan kali ini dengan mendapatkan beberapa pemain kebangsaan yang sudah pasti akan membangkitkan semangat juang anak tempatan serta peminat dan penyokong setia Sang Kijang untuk terus memberi sumbangan serta sokongan yang tidak berbelah bahagi pada musim ini.Jika persembahan diatas padang seperti musim lepas dapat diulangi di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV,stadium keramat pasukan Kelantan,nescaya pastilah gegak gempita dan pastinya 'full house' bagi setiap perlawanan.
Ayuh Kijang,berjuanglah ketitisan keringat terakhir untuk negeri..Gembirakan penyokong dan peminat setia Kelantan untuk kali ini.Kami berhak ke Bukit Jalil!!!

No comments: